MGG3801 Apakah
Dato Seri Anwar Dipecat Kerana Sodom*? (MGG: Was Dato’ Seri Anwar Ibrahim Sacked For Sodom*?) Catatan: Tulisan asal ditujukan untuk HARAKAH keluaran 15-28 Februari 01
yang sudah berada di pasaran sejak semalam. Pada 1998 dulu, Perdana
Menteri telah membuat pengumuman memecat timbalan perdana menterinya tanpa menghormati etika peaturan kerja
yang lazim. Dia telah berucap panjang
lengkap dengan dalil dan gerak geri tangannya yang sungguh meloyakan
itu betapa timbalannya dipecat disebabkan beliau didapati tidak berakhlak;
kerana itu tidak layak menjadi
pemimpin negara. Perkara itu diulang-ulangnya di setiap persidangan akhbar di
negara sendiri dan juga di luar negeri. Namun, dua sessi mahkamah yang boleh dipertikaikan itu
membicarakannya berasaskan salahguana kuasa dan sodom*, akhirnya menjatuhkan
hukuman untuk memenjarakan beliau hingga 2015. Kes mahkamah sudah pun
selesai. Walaupun proses rayuan masih belum selesai lagi, Mahathir dan UMNO
sudah pun dihantui oleh sokongan Melayu yang sudah lama berubah. Ini yang
membuatkan beliau berubah sikap pula.
Dalam satu wawancara dengan Asiaweek bulan yang lalu, dia telah
menuduh Dato Seri Anwar kerana mempunyai ambisi plolitik yang terlalu tinggi,
sehingga berhasrat menggantikannya dan melakukan kegiatan politik di luar
garisan norma. Tidak pula dia menyebut
kisah Dato’ Seri Anwar yang tidak bermoral dan tidak layak memimpin
negara kerana tuduhan sodom* yang memenjarakannya. Dengan lain perkataan,
yang membuatkan Dato’ Seri Anwar terpenjara ialah kerana dia mempunyai ambisi
politik (yang tidak disenangi oleh si diktator tua –penterjemah) Intisari yang terdapat
pada politik ialah konflik yang tercetus di kalangan manusia yang berambisi
dan yang sanggup bertelagah sesama sendiri sambil tendang-menendang di tiang
licin yang menjanjikan kejayaan gemilang. Setiap pertubuhan yang berjaya
mesti mempunyai pemimpin yang berambisi dan juga tamak-haloba untuk
memimpinnya. Sesaorang itu menceburi politik kerana mahu menikmati kemuncak
ambisinya tidak kiralah apa bentuknya. Dato’ Sri Anwar Ibrahim
sepatutnya memimpin Malaysia dan membasmikan segala ketidakadilan yang
menebal yang sungguh berkarat. Kehangatan usahanya itu telah dirasai oleh
Perdana Menteri dan para sukusakatnya. Kerana itu mereka berkomplot untuk
mengnyah Anwar. Tan Sri Mus Hitam dan
Tengku Razaleigh merupakan manusia yang berambisi juga tetapi dinyahkan
kerana Perdana Meneri tidak mengaibkan mereka seperti yang dilakukannya terhadap Dato’ Seri
Anwar Ibrahim. Namun, beliau dan juga UMNO tidak dapat bertahan dalam suasana
yang dihangati oleh kritikan yang terlalu pedas. Kini, Perdana Menteri tidak
lagi mampu mengulang-ulang segala tuduhan mengenai korupsi dan sodom* tanpa
menghadapi risiko kehilangan sokongan orang Melayu terhadap dirinya dan juga
UMNO. Inilah sebab utama
kenapa orang melayu terlalu bencikan Perdana menteri. Cardinal Richeliu pernah mengilhamkan satu
bidalan yang berbunyi: “Berikan saya dua ayat yang diungkapkkan oleh seorang
insan yang jujur dan saya akan usahakan untuk menjerutnya di tempat
pergantungan yang terdekat.” Jadi, tuduhan sodom* dan korupsi adalah satu
alasan untuk menyingkirkan Anwar daripada pentas politik secara yang sungguh
mengaibkan. Tindakan itu memakan tuannya. Dua tahun sudah pun berlalu (872
hari sebenarnya – penterjemah) Dato Seri Anwar yang terpenjara adalah lebih dihormati daripada sorang
perdana menteri yang sedang bebas bergaya. Wawancara Asiaweek itu
telah memusnahkan kewibawaan Perdana Menteri itu daripada arena poltiknya.
Kini, dia dihantui oleh persoalan bagaimana mahu menangani kisah Anwar dan segala tuduhan yang pernah direncana
ke atasnya. Untuki tujuan membetulkan rekod negara, Mahathir terpaksa menjelaskan perkara sebenarnya kenapa
Anwar diaibkan. Mahkamah telah menolak tuntutan Anwar terhadap Perdana
Menteri. Rayuan telah dikemukakan terhadap keputusan mahkamah yang memang
telah melakukan kesilapan untuk menolaknya. Masa terus berlalu,
Perdana menri semakin kehilangan sokongan akar umbi sedangkan sokongan terhadap
Anwar semakin menggunung tinggi.
Perpaduan Melayu, yang menjadi isu perundingan di antara UMNO dan PAS
berkisar kepada persoalan bagaimana
Anwar Ibrahim boleh dibebaskan daripada penjara tanpa mencemarkan imej
UMNO (yang sudah pun tiada - penterjemah). Dengan lain perkataan, apa juga
agenda mengenai perpaduan Melayu itu, ia mesti tunggu dulu sehingga masalah
Anwar Ibrahim diselamatkan daripada jalan buntu. Sekaligus, Anwar Ibrahim
sudah menjadi lambang perpaduan orang Melayu. Perdana Menteri harus bertanggungjawab
kerana dilema itu. Perdana Menteri tidak
punya pilihan lain lagi selain mengatakan bahawa Anwar Ibrahim sebagai
seorang ahli politik yang berambisi. Saya telah diberitahu bagaimana wakil daripada kedua-dua
pemimpin ini telah bertemu untuk menyelesaikan kemelut itu. Perdana Menteri
sudah bersedia menguruskan satu keampunan untuk Anwar tetapi Anwar sudah pun
menyatakan syaratnya. Dia bertegas
agar ditubuhkan satu suruhanjaya (siasatan) diraja untuk menyelongkar balik
kisah perbicaraan dulu dan diberikan hak, kalau dia fikirkan berselera, untuk
menandingi jawatan presiden UMNO. Ada bidalan yang
mengatakan: disebabkan nafsu- nafsi membuatkan kucing sanggup menyamar seperti merpati. UMNO dan Perdana menteri
mahukan Anwar terus dipenjara kerana pertaruhan yang tinggi menjadi
percaturannya. Inilah yang menghantui UMNO dan Perdana Menteri; Anwar adalah
insan yang membahayakan mereka apatah lagi kalau dia dibebaskan. Anwar sudah
menjadi satu tokoh penentu dalam usaha UMNO menyatupadukan semula orang
melayu. Apabila dan kalaupun presiden UMNO dan PAS bertemu untuk berunding
mengenai perpaduan Melayu itu, mereka mesti bersetuju dengan langkah terbaik
untuk diambil dulu terhadap Anwar, sebelum mereka membuka bicara terhadap isu
yang lain. Pemenjaraan Anwar telah
menentukan betapa UMNO sudah semakin tidak relevan lagi dalam tatasusila
kehidupan di negara ini. Di dalam
UMNO sendiri, dua pertiga ahlinya
sudah tidak menyokong pucuk kepimpinan parti, sekitara satu pertiga masik
menyokong seorang ‘Pertapaan’ (Tengku Razaleih Hamzah) di Langgak Golf. Yang
berbaki masih menyokong Dato Anwar. Kerana fenomena inilah makanya peraturan
pilihanraya dibuat begitu
mengelirukan. BAHAYA YANG BESAR kepada UMNO ialah apabila ahlinya beralih
kesetian untuk menyokong PAS ataupun Keadilan. Penyebab terbesar beralihnya
kesetiaan itu adalah terletak di bahu seorang insan sahaja: Perdana Menteri.
Inilah pendapat yang semakin disokong oleh rakyat marhaen sekarang ini.
Inilah juga yang diberikan penekanannya oleh Badan Bertindak Melayu (BBM)
ketika berforum di PWTC pada 4 Februari 2001. Kehangatan ucapan yang mengutuk
Perdana menteri hampir mendesak penaja forum meminta ahli UMNO keluar
daripada dewan ketika cemohan dan serangang itu semakin galak diperhangatkan.
Apakah kaitannya semua
ini dengan pemenjaraan Dato Seri
Anwar di atas tuduhan salah guna kuasa dan sodom*? Semua sekali ada
kaitannya. Kalaulah dia tidak dipecat dan
daibkan berasaskan tuduhan sodom* yang direncana oleh Perdana Menteri,
UMNO dan juga Perdana Menteri tidak merasakan keributan yang melanda kini,
sokongan orang Melayu tentunya semakin padu dan UMNO tentunya terus hidup
tenteram. Malahan, ada orang yang sudah membaling batu terhadap Dato Seri
Anwar Ibrahim kerana beliau diunjukkan sebagai pengganti perdana menteri. Sebaliknya, negara ini
tidak mahu mengampunkan Perdana Menteri di atas keaiban yang dilaksanakan
terhadap bekas timbalannya. Dalam usaha UMNO mencari perpadauan Melayu itu,
katakunci usaha itu ada di tangan bekas timbalannya itu. Begitu
berpengaruhnya beliau, Perdana Menteri sudah tidak lagi berani mengeluarkan
perkataan sodom* sebagai merujuk kepada Dato Seri Anwar, sedangkan satu
ketika dulu itulah perbuatan yang dia terlalu yakin dapat meyakinkan orang
lain juga. Nampaknya dia berada di
satu keadaan disebabkan ambisinya itu. Apakah ambisi itu mengikut takrif
perdana menteri sama maknanya dengan sodomi? -MGG Pillai- 8.2.2001. |